Saturday 16 March 2013

PENDAHULUAN TENTANG BUKIT KACHI DI UUM



Universiti Utara Malaysia telah ditubuhkan pada 16 Februari 1984 dan memulakan sesi pengajian pertamanya di Kampus Darul Aman, Jitra, Kedah. Pada15 September 1990, telah berpindah ke Kampus Sintok yang terletak kira-kira 48km dari bandar Alor Setar, dengan keluasannya 1061 hektar. Universiti Utara Malaysia mempunyai 15 buah DPP (Dewan Penginapan Pelajar), telah dibahagikan kepada 4 laluan:-

Laluan A:
  • DPP MAS
  • DPP TNB
  • DPP TRADEWINDS
  • DPP PROTON
  • DPP MAYBANK
Laluan B:
  • DPP TM
  • DPP MISC
  • DPP BSN
  • DPP SIME DARBY
  • DPP EON
  • DPP PETRONAS
Laluan C:
  • DPP BANK MUAMALAT
  • DPP YAB
Laluan D (Bukit Kachi):
  • DPP BANK RAKYAT
  • DPP SME BANK
Manakala, laluan D adalah terletak di luar kampus di atas bukit yang dipanggil Bukit Kachi. Jadi, kita sudah biasa mengatakan bahawa kawasan ini adalah "Kachi".
Kedua-dua DPP ini mempunyai 8 blok masing-masing dan DPP ini adalah paling baru jika berbanding dengan DPP yang lain. Oleh itu, kemudahan-kemudahan juga paling baru dan dalam keadaan yang baik.
Seterusnya, Pengetua DPP BANK RAKYAT adalah bernama Puan Siti Noormala Jailani, sementara pengetua DPP SME BANK adalah bernama Encik Zahril Anwar Malek.

1 comment: