Friday 8 March 2013
KESIMPULAN
Bukit Kachi adalah sebuah tempat yang mengandungi dua buah dewan penginapan pelajar UUM iaitu DPP Bank Rakyat dan DPP SME Bank dan terletak di atas bukit yang 3km dari pintu utama UUM. Oleh kerana jarak jauh dengan kampus telah menyebabkan kebanyakan mahasiswa-mahasiswa mempunyai persepsi bahawa Bukit Kachi adalah sebuah tempat yang belum diterokai dan tidak sesuai untuk meninggal di situ.
Selepas tinggal di Bukit Kachi, kami berpendapat bahawa Kachi merupakan sebuah tempat yang sangat sesuai untuk tinggal terutama kepada mahasiswa-mahasiswa yang sedang belajar.
Suasana di Kachi yang segar dan nyaman sangat sesuai untuk belajar dan melepaskan tekanan. Di samping itu, mahasiswa-mahasiswa juga dapat menikmati faciliti yang khas seperti pasar malam, gelanggang tenis, gelanggang skuasky dan lain-lain lagi.
Kesimpulannya, Bukit Kachi adalah sebuah tempat yang bagus dan berbaloi untuk menerokai segala benda di Bukit Kachi ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment