Wednesday 13 March 2013

KAFETERIA SME BANK

Kafeteria di Dewan Penginapan Peajar- SME Bank telah menarikan pelbagai pengguna berbelanja di kafeteria tersebut terutama mahasiswa-mahasiswa di Bukit Kachi.Kafeteria ini dimiliki oleh Bubble Cafe yang memulakan perniaagaannya di SME Bank  sejak September 2012. Kafeteria ini menawarkan  jenis makanan yang berbagai untuk membolehkan penggunanya mempunyai pilihan yang lebih banyak seperti nasi goreng, nasi Pattaya, roti canai, nasi lemak dan sebagainya.


Penghiasan di Kafeteria SME Bank agak unik dan menarik perhatian pengguna. Kesemua tingkap di kafeteria dihiasikan dengan langsir yang berwarna biru dan putih. Dengan itu, pengguna dapat makan dengan lebih menyeronok dan selesa. Selain itu, perkhidmatan pekerja di kafeteria tersebut adalah baik dan bersopan santun. Di samping itu, perabot seperti kerusi dan meja yang dibekalkan adalah unik dan sesuai untuk mahasiswa-mahasiswa menjalankan aktiviti seperti membincang tugasan, bersembang dan sebagainya.


Kebanyakan mahasiswa-mahasiswa suka mengunjung ke kafeteria tersebut pada waktu malam. Ini adalah kerana kafeteria tersebut mempunyai infrastruktur mempamerkan rancangan TV. Pelanggan dapat menikmati makanan yang lazat sambil menonton rancangan TV di kafeteria tersebut.
  


No comments:

Post a Comment