Terdapat satu padang yang luas di Bukit Kachi dan padang ini telah membawa banyak manfaat kepada mahasiswa-mahasiswa UUM di Bukit Kachi. Terdapat banyak mahasiswa akan menjalankan senaman dan memainkan bola sepak setiap hari. Selain itu, padang ini juga berfungsi sebagai tempat menganjurkan aktiviti seperti aktiviti senamrobik, aktiviti latihan kebakaran, hari sukan dan sebagainya.
Gambar di atas menunjukkan keadaan semasa aktiviti senamrobik dijalankan. Aktiviti senamrobik ini dijalankan di padang Kachi dan mempunyai peserta seramai 700 orang.
Kunci kejayaan aktiviti ini bukan sahaja kerana padang Kachi yang luas, malah juga disebabkan oleh jurulatih senamrobik yang profesional. Peserta-peserta mengikuti arahan dan pergerakan jurulatih dan menikmati saat bahagia untuk senamrobik bersama.
No comments:
Post a Comment