Monday 11 March 2013

FACILITI DI BUKIT KACHI

Walaupun Kachi merupakan dewan penginapan yang berada di luar kampus, tetapi tetap mempunyai faciliti yang khas. Faciliti khas termasuk gelanggang tenis, gelanggang skuasy, pasar malam dan lain-lain lagi. 
 
GELENGGANG TENIS 

Gelanggang Tenis terletak di Dewan Penginapan Bank Rakyat yang berhampiran dengan Dewan Kachi. Terdapat dua gelanggang tenis yang standard dibekalkan untuk membolehkan mahasiswa-mahasiswa bermain tenis. Peralatan seperti raket tenis dan bola tenis dapat disewa dengan tanpa bayaran sebelum pukul 7 petang. Pelbagai mahasiswa-mahasiswa bermain tenis untuk melepaskan tekanan dalam akademik.

GELANGGANG SKUASKY 



Faciliti khas yang kedua ialah gelanggang skuasy. Terdapat 4 gelanggang skuasy di Bukit Kachi dan penyewaan raket skuasy adalah diizinkan tetapi bola skuasy perlu bekalkan sendiri. Tempat gelanggang skuasy bersih dan dilengkapi dengan kipas dan lampu yang cukup.


  
Kelab skuasky telah ditubuhkan di Bukit Kachi juga. Permohonan menjadikan ahli skuasky adalah percuma dan suka-rela. Kelab skuasky menjalankan aktiviti mereka pada setiap hari Jumaat pukul 4 petang. Jurulatih skuasky adalah terdiri daripada jawatankuasa antara kalangan ahli-ahli skuasky yang handal dalam memainkan skuasky.

 


No comments:

Post a Comment